Nak Saya Bantu Uruskan Hartanah Anda?
RUMAH | TANAH | KOMERSIAL | KILANG Khidmat Nasihat PERCUMA Urusan Pinjaman & Guaman PANTAS & SELAMAT |

Hai, Saya Hafiz Zaki Berpengalaman 9 Tahun
Sebagai Perunding Hartanah Berdaftar (REN23912)

Hai, Nama saya Hafiz Zaki. Seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Sebelum ini saya pernah berkhidmat sebagai Jurutera Projek & Mekanikal dengan beberapa syarikat industri semikonduktor dan automotif di Utara.

Saya mula melibatkan diri sebagai Perunding Hartanah Berdaftar sekitar tahun 2015 dengan beberapa agensi hartanah dan kini terus memberikan khidmat ejen hartanah dalam urusan penjualan pembelian hartanah di bawah syarikat HIT Properties Sdn Bhd E(1)2084. Saya mempunyai pengalaman lebih daripada 9 tahun dalam membantu klien- klien dalam urusan menjual atau membeli hartanah melibatkan perumahan, tanah dan hartanah komersial .

Dari 2015, saya banyak memfokuskan kawasan transaksi hartanah di Kedah , Pulau Pinang , Perak dan Perlis. Sehingga kini, saya terus aktif dalam sektor subsale dan perumahan baru kedah Pulau Pinang Perak & Perlis.
Dengan amanah yang diberikan dan cara jual rumah yang betul , pasti proses jual rumah & harta tanah anda dapat diselesaikan dengan cepat.

Percaya bahawa bidang ini boleh memberi lebih manfaat kepada orang lain juga, saya terus mengembangkan perniagaan ini dengan lebih meluas. Saya bersama partner Pn Hartiny Basarudin, Co founder mengetuai pasukan perunding hartanah bermula di Utara. Sebagai Head Of Group serta Founder kumpulan SKY Realtors Group dibawah naungan agensi HIT Properties Sdn Bhd, misi saya adalah untuk terus melahirkan lebih ramai perunding-perunding hartanah profesional serta para leader yang kompeten seluruh Malaysia untuk membantu lebih ramai klien dalam urusan hartanah. 

Setakat ini, SKY Realtors Group bergiat aktif di Utara (Kedah, Penang, Perak) dan Sentral termasuk Negeri Sembilan dan Melaka. Dengan keseluruhan jumlah konsultan terlatih seramai lebih 300 perunding .

Kami terus komited untuk memberikan perkhidmatan hartanah yang terbaik dan telus kepada klien-klien dan memastikan setiap transaksi hartanah yang diuruskan selesai dengan sempurna.

Kenapa Ramai Klien Memilih Saya?

Berpengalaman Luas

Bermula sejak 2015 sehingga kini telah banyak menguruskan transaksi jual beli hartanah di sekitar Kedah, Penang, Perak & Perlis. Lebih fokus kepada hartanah subsale & perumahan baru.
Mempunyai jaringan team yang besar serta berpengalaman pelbagai jenis transaksi.

Teknik Pemasaran Terkini

Kaedah pemasaran yang terkini terutama pemasaran berbayar memberikan hasil yang lebih baik.
Dari semasa ke semasa setiap konsultan diberikan kemahiran dan menambahbaik cara kerja untuk mendapatkan pembeli yang berkualiti.

Selamat & Dijamin

Merupakan perunding hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentafsir dan Ejen Hartanah Malaysia. Segala urusan dijamin selamat dan mengikut undang-undang.

Kerja yang Efisyen & Sistematik

Kami yakin kerja yang efisyen penentu kejayaan. Setiap klien diberikan penerangan yang jelas mengenai urusan jual beli hartanah seperti penetapan harga hartanah, proses jual beli, permohonan pinjaman bank & LPPSA serta nasihat pengurusan kewangan.

Jom Dapatkan Khidmat Kami !
DENGAN PENGALAMAN & KEPAKARAN
MEMUDAHKAN URUSAN ANDA

JOM BACA ARTIKEL MENGENAI PANDUAN HARTANAH

Pencapaian Semasa

HUBUNGI SAYA

IKUTI SAYA DI FACEBOOK

© 2023 HafizZaki.com. All Rights Reserved

Perlukan Bantuan?