Miliki RUMAH IMPIAN anda DISINI!
Khidmat Nasihat PERCUMA Semakan Kelayakan PERCUMA |

SAYA BANTU URUSAN HARTANAH A-Z
ANDA INGIN BELI RUMAH ATAU INGIN JUAL RUMAH?

TAK TAHU PROSES JUAL BELI RUMAH? SAYA AKAN BANTU URUSAN JUAL BELI RUMAH SEHINGGA SELESAI !

Hi, Saya Hafiz Zaki adalah seorang Perunding Hartanah Berdaftar memberikan khidmat ejen hartanah dalam urusan penjualan pembelian rumah di bawah syarikat HIT Properties Sdn Bhd. Saya mempunyai pengalaman lebih daripada 9 tahun dalam membantu klien- klien dalam urusan menjual atau membeli hartanah melibatkan perumahan, tanah dan bangunan komersial .

Dari 2015, saya banyak memfokuskan kawasan transaksi hartanah di Kedah , Pulau Pinang , Perak dan Perlis. Sehingga kini, saya terus aktif dalam sektor subsale dan perumahan baru kedah Pulau Pinang Perak & Perlis.
Dengan amanah yang diberikan dan cara jual rumah yang betul , pasti proses jual rumah & harta tanah anda dapat diselesaikan dengan cepat.

Kini saya merupakan Head Of Group serta Founder kumpulan SKY Realtors Group dibawah naungan agensi HIT Properties Sdn Bhd. Misi saya adalah untuk terus melahirkan lebih ramai perunding-perunding hartanah profesional serta para leader yang kompeten seluruh Malaysia. 

Setakat ini SKY Realtors Group bergiat aktif di Utara (Kedah, Penang, Perak) dan Sentral termasuk Negeri Sembilan dan Melaka. Dengan keseluruhan jumlah konsultan terlatih seramai 300 lebih.

Kami terus komited untuk memberikan perkhidmatan hartanah yang terbaik dan telus kepada klien-klien dan memastikan setiap transaksi hartanah yang diuruskan selesai dengan sempurna.

KENAPA MEMILIH SAYA?

Berpengalaman Luas

Bermula sejak 2015 sehingga kini telah banyak menguruskan transaksi jual beli hartanah di sekitar Kedah, Penang, Perak & Perlis. Lebih fokus kepada hartanah subsale & perumahan baru.
Mempunyai jaringan team yang besar serta berpengalaman pelbagai jenis transaksi.

Teknik Pemasaran Terkini

Kaedah pemasaran yang terkini terutama pemasaran berbayar memberikan hasil yang lebih baik.
Dari semasa ke semasa setiap konsultan diberikan kemahiran dan menambahbaik cara kerja untuk mendapatkan pembeli yang berkualiti.

Selamat & Dijamin

Merupakan perunding hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentafsir dan Ejen Hartanah Malaysia. Segala urusan dijamin selamat dan mengikut undang-undang.

Kerja yang Efisyen & Sistematik

Kami yakin kerja yang efisyen penentu kejayaan. Setiap klien diberikan penerangan yang jelas mengenai urusan jual beli hartanah seperti penetapan harga hartanah, proses jual beli, permohonan pinjaman bank & LPPSA serta nasihat pengurusan kewangan.

BIAR SAYA BANTU ANDA
SILA PILIH PERKHIDMATAN YANG DIPERLUKAN

Galeri Hafiz Zaki dan Aktiviti Hartanah

cust2
cust3
cust4
cust5
cust7
cust8
cust1
cust6

JOM BACA ARTIKEL MENGENAI PANDUAN HARTANAH

HUBUNGI SAYA

IKUTI SAYA DI FACEBOOK

© 2023 HafizZaki.com. All Rights Reserved

Perlukan Bantuan?